PUISI MODEN KESUSASTERAAN MELAYU SPM

July 6, 2017 | Penulis: Jillian Weber | Kategori: N/A
Share Embed


Deskripsi Singkat

Huraian sajak-sajak yang terdapat dalam silibus subjek Kesusasteraan Melayu SPM...

Deskripsi

PUISI MODEN 1. Virus dari Langit Global ( Nur Suhada Sayuti) 2. Seorang Tua di Kaki Tamadun (Fadh Razy) 3. Selamat Tinggal Eropah ll (Muhamad Hj. Salleh) 4. Menterjemah Bahasa (Abd. Rahim Omar) 5. Citra Pelangi 1Malaysia (A.Halim Ali) 6. Mencintai Tanah Ini (Lim Swee Tin) 7. Ini Tanah Kita (Salman Sulaiman) 8. Sekeping Kartu Kecil (Mohd Aidid Abd. Rahman) 9. Kubentang Sehelai Peta (T.Alias Taib) 10. Sepi Syawal Tanpa Bonda (Amylia Hussain) 11. Kata Bukit kepada Jentolak (Mohd Faizal Said) 12. Lidah Anakku Berbelang-belang (Abizai) 13. Ingatan kepada Kawan XXIV (Zaen Kasturi) 14. Jalur Yang Tidak Pernah Padam (Jasni Mat Lani S) 15. Pancang Kenangan (Khadijah Hashim) 16. Kolek Bonda (Aminah Mokhtar) 17. Kuntum Rahsia dari Taman Takdir (WB Rendra) 18. Aku Tidak Berani Berjanji (Rosli K. Matari) 19. Aku Hanya Mahu ke Seberang (Hashim Yaacob) 20. Wanita dan Laut (Mahaya Mohd Yassin) 21. Ranting (Hilmi Rindu) 22. Belajarlah Memahaminya Gunung Lagenda (Shapiai Muhamad Ramly) 23. Pada Glaukoma ke Ahmar (Abd. Razak @ Rezeki Othman) 24. Suara Pedih daripada Anak Penghuni Sungai (Naapie Mat) 25. Mari Kita Ciptakan Alam Lestari (Nimoiz T.Y.) 26. Kembali ke Rumah Nurani (Husna Nazri)

1

Virus dari Langit Global (Nur Suhada Sayuti) Maksud Rangkap 1 Penyajak menyatakan tentang budaya atau anasir yang tidak sihat telah mempengaruhi fikiran dan hati generasi kini. Budaya mementingkan keseronokan diri telah menjadi darah daging generasi muda. Rangkap 2 Nilai yang seiring pembangunan fizikal generasi muda telah musnah. Generasi muda kini telah dipengaruh dan dilanda pelbagai budaya serta nilai negatif. Rangkap 3 Anasir yang datang dari luar telah memusnahkan nilai ketulusan dan menjajah minda generasi muda kini. Nilai kesusilaan dan budaya tidak lagi dipedulikan oleh generasi muda akibat pengaruh nilai yang tidak baik. Anasir yang tidak sihat telah menyebabkan harapan kepada generasi muda semakin musnah. Tema Jati diri generasi muda yang semakin terhakis akibat pengaruh budaya moden. Persoalan 1. Persoalan tentang kerapuhan minda generasi muda yang mudah dipengaruhi oleh budaya yang mementingkan keseronokan. 2. Keruntuhan jati diri generasi muda akibat anasir negatif yang datang dari dunia luar.. 3. Dunia tanpa sempadan telah menyebabkan segala anasir negatif mudah mempengaruhi generasi muda masa kini. Seorang Tua di Kaki Tamadun 2

(Fadh Razy) Maksud Rangkap 1 Seorang yang memerah keringatnya di bawah matahari terik untuk mengusahakan sawah padi. Rangkap 2 Dalam musim yang panas, orang tua itu tetap membawa cangkul untuk mengusahakan sawah sedaya upaya. Rangkap 3 Orang tua itu membersihkan sawahnya daripada semak.Dalam sawah terdapat padi yang sedang masak dan terdapat banyak tikus yang ingin memusnahkan padi. Rangkap 4 Petani tua itu melaksanakan amanah orang tuanya untuk mengerjakan sawah itu, walaupun sukar. Rangkap 5 Sewaktu petang Pak tua bersandar di surau usang, Pak Tua merasa sedih ketika azan dilaungkan kerana di dalam hatinya terpendam rasa yang marah yang tidak ditahannya. Rangkap 6 Usaha untuk mempertahankan tanah sawahnya jadi sia-sia kerana telah ditipu oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Rangkap 7 Sawahnya yang selama

ini digunakan untuk menyara mereka sekeluarga telah

dibangunkan dengan perubahan pemodenan. Tema 3

Tema

sajak

ini

ialah

kemasyarakatan.Pembangunan

yang

dijalankan

telah

melenyapkan warisan tradisi nenek moyang iaitu sawah padi. Persoalan 1. Persoalan kegigihan mengusahakan sawah. Contohnya walaupun cuaca panas dan menggunakan cangkul yang tumpul petani tetap gigih mengusahakan sawahnya. 2. Persoalan tipu muslihat oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Contohnya sawah petani tua telah dieksplotasikan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab untuk pembangunan.

3. Persoalan ketaatan menunaikan ajaran agama. Contohnya petani tua sentiasa menunaikan suruhan Tuhan dengan melaksanakan solat di surau usang itu.

Selamat Tinggal Eropah II 4

(Muhammad Haji Salleh) Maksud Rangkap 1 Penyajak berharap agar negara-negara Eropah yang dahulunya menjajah negara lain kini insaf akan perbuatan mereka. Nilai yang dilaungkan/didoktrinkan/dipegang oleh mereka sebenarnya hanyalah lakonan semata-mata. Mereka juga diingatkan agar tidak memperlekeh/mengata/merendah-rendahkan negara yang telah dijajah itu sebagai pembelot. Pada hal mereka yang memanipulasi setiap peristiwa yang melakar sejarah itu dengan kekejaman dan penipuan secara bermuka-muka/melaga-lagakan. Rangkap 2 Penyajak melihat bahawa negara Eropah kini sedang menanggung sengsara akibat perbuatan mereka yang lalu, namun mereka cuba menyembunyikan masalah yang dihadapi. Rangkap 3 Kini, penyajak mendesak negara-negara Eropah supaya bercakap benar dengan seluruh dunia tentang pembohongan yang dilakukan oleh mereka sebelum ini. Rangkap 4 Segala penindasan, kekejaman dan penipuan yang dilakukan oleh negara-negara Eropah ini disedari oleh penyajak dan penyajak akan mengingati segala peristiwa hitam yang dicipta oleh mereka sampai bila-bila. Tema Sajak ini bertemakan keamanan sejagat. Penyajak mengharapkan agar negara-negara Eropah tidak lagi menindas negara-negara lain kerana mereka sebenarnya telah banyak melakukan kekejaman kepada dunia. Semoga dengan itu, sejarah hitam yang pernah berlaku tidak akan berulang lagi dan dunia akan aman damai. 5

Persoalan 1. Kesedaran atas perkara yang telah dilakukan Contoh:

aku harap ingatanmu masih luas untuk menakung sejarah yang kaukuasai dengan darah dan helah

2. Kejujuran dalam menjalin hubungan sejagat Contoh:

sekarang kau harus berkata

3. Kekejaman untuk mendapatkan kuasa Contoh:

pembakaran rumah Turki di Jerman

4. Kesan atas perlakuan yang telah dilakukan Contoh:

di mukamu kulihat luka baru senyummu dibelah seksa

Menterjemah Bahasa 6

(Abd. Rahim Omar) Maksud Rangkap 1 Penyajak menyatakan bahasa kita telah melalui proses kematangan dan telah tersebar ke serata benua di dunia ini. Bahasa kita telah menjadi jambatan penghubung dan penyatuan pelbagai bangsa dan budaya yang berlainan. Rangkap 2 Bahasa kita telah diangkat sejak abad ke-7 masihi bermula dari kerajaan Sriwijaya hingga zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bahasa kita mampu menjadi medium ilmu dan mengangkat maruah sesuatu bangsa sehingga ke peringkat antarabangsa. Rangkap 3 Tanpa henti bahasa kita telah berazam menjadi wadah ilmu untuk membentuk jati diri bangsa sehingga melahirkan tokoh cendekiawan dan pendeta yang bijaksana. Rangkap 4 Bahasa kita telah menjadi bahasa ilmu untuk menerokai segala teori dan masalah. Walaupun penjajah memperkecil-kecilkan bahasa kita dengan alasan bahasa kita tiada kepentingan ekonomi. Namun bahasa kita tetap maju dan hebat menjadi warisan negara bangsa.

Tema Bertemakan patriotisme iaitu mencintai dan mengangkat martabat bahasa kita.

7

Persoalan 1. Persoalan kepentingan bahasa kepada sesuatu bangsa. Ianya menjadi ikatan pelbagai bangsa dan budaya.

2. Persoalan bahasa sebagai wadah ilmu dan mampu membina sesuatu peradaban bangsa.

3. Persoalan kegemilangan bahasa itu bukan hanya menjadi sejarah tetapi akan terus berkembang

menjadi bahasa ilmu dan telah melahirkan ramai tokoh

cendekiawan yang bijaksana.

4. Persoalan tekanan dan cabaran daripada musuh bahasa kita. Walaupun telah dijajah bahasa kita tidak akan lupus malah akan tetap terus berkembang.

Citra Pelangi 1 Malaysia (A.Halim Ali) 8

Maksud Rangkap 1 Impian dan angan-angan perlu ada pada setiap orang untuk direalisasikan pada masa hadapan. Rangkap 2 Walaupun mempunyai pelbagai perbezaan pendapat, penyajak berharap perbezaan itu dapat mencapai satu tujuan yang sama. Penyajak berharap dengan wadah satu bahasa, perpaduan dapat dicapai walaupun mempunyai pelbagai bangsa. Rangkap 3 Penyajak berharap kita semua dapat saling bermaafan dan saling kasih mengasihi antara satu sama lain di bawah rumpun Melayu, walaupun kita mempunyai kepelbagaian bangsa. Penyajak berharap kepelbagaian bangsa dapat memupuk kesefahaman dalam kehidupan bermasyarakat. Perbezaan pendapat hanyalah perkara biasa dan diharapkan kita akan dapat bersatu demi tanah air tercinta. Tema Bertemakan perpaduan nasional antara pelbagai kaum di Malaysia untuk bersamasama memajukan dan membangunkan negara.

Persoalan 1. Persoalan impian dan angan-angan perpaduan pelbagai bangsa akan menjadi kenyataan jika diusahakan dengan penuh kegigihan. 2. Persoalan bahasa kebangsaaan boleh dijadikan jambatan untuk mengeratkan hubungan antara kaum. Bahasa juga boleh dijadikan sebagai alat komunikasi untuk saling mengenal dan memahami.

9

3. Persoalan kasih sayang perlulah dipupuk antara pelbagai bangsa di negara melalui satu bahasa. 4. Persoalan perbincangan untuk mencari kesepakatan perlu ada dalam sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa. 5. Persoalan bersatu-padu untuk satu tujuan dan demi negara yang tercinta. 6. Persoalan saling bermaafan-maafan dan bertolak ansur antara satu sama lain di bawah satu negara. 7. Persoalan estetika iaitu warisan budaya rumpun Melayu yang berhemah dalam menangani sesuatu perkara. 8. Persoalan perpaduan antara kaum penting untuk kemakmuran dan keamanan negara.

Mencintai Tanah Ini (Lim Swee Tin) Maksud Rangkap 1 Penyair

mencabar

sesiapa

sahaja

yang

berani

mencemarkan/menimbulkan

ketegangan/menghapuskan kedamaian dalam keadaan negara yang sejahtera ini. 10

Penyair turut mempersoalkan mereka yang sentiasa menyusun strategi dan bertindak agresif/ganas/tidak berperikemanusiaan/ melanggar peraturan/peraturan rimba dengan membangkitkan dendam dan menabur bibit-bibit kebencian dalam negara yang damai lagi sejahtera. Rangkap 2 Penyair menegaskan bahawa sejarah yang dilakukan oleh pahlawan bangsa. Masih tetap dikenang walaupun zaman telah silih berganti. Masih terkesan kezaliman dan penindasan yang menyebabkan penderitaan yang dilalui semasa zaman penjajahan yang silih berganti

(Portugis, British, Jepun, Komunis…)

Walaupun zaman telah

berganti namun kepedihan itu tetap terasa seolah-olah baru sahaja berlaku. Rangkap 3 Setiap detik anak-anak bangsa masih teguh dan sentiasa menaruh harapan untuk terus mempertahankan kedaulatan dan kesejahteraan negara bangsa tercinta. Mereka sanggup berjuang dan berkorban nyawa tanpa mengharapkan ganjaran demi kasih sayang yang suci dan murni. Tema Bertemakan

semangat

patriotik

dan

sentiasa

bersemangat

dan

bersedia

mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara bangsa tercinta. Persoalan 1. Jati diri dan patriotisme. Penceroboh keamanan negara perlu ditentang dengan tegas oleh setiap anak bangsa yang menghuni sesebuah negara. mereka

yang

menimbulkan

ketegangan

dan

konflik

Menentang

dalam

melambangkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada negara bangsa. Contoh : -

Siapakah berani merobek angin musim sentosa ini

Contoh :-

Siapakah berani memancung damai negeri bertuah ini

11

negara

2. Mengenang kembali sejarah bangsa zaman silam. Kita perlu mengenang jasa nenek-moyang/ generasi terdahulu yang sanggup berkorban harta dan nyawa menentang penjajah yang datang silihberganti.

Kini negara berada dalam

keadaan sentosa, sejahtera dan bertuah Contoh : -

sejarah pertiwi masih cermat tersimpan dalam album purbanya ngilu hiris cengkam penjajah berganti silih mencakar sukma ibunda hari ini pun terasa lagi akan pedih siatnya.

3. Pasti ada rakyat yang tidak berpuas hati dan sentiasa berusaha menyebarkan rasa dendam dan kebencian secara agresif tanpa memikirkan kesan kepada negara bangsa. Oleh itu kita berlu berwaspada untuk mengelak menyumbang kepada ketidakharmonian negara bangsa. Contoh:-

siapakah berani merobek angin musim sentosa sayapnya menebar jauh hingga ke lereng bukit dan denai-denai desa dengan pedang terhunus dendam berpercikan silau kebencian

4. Kasih sayang anak bangsa kepada negara tercinta. Kita perlu mengimbau sejarah silam perjuangan waris terdahulu yang membebaskan diri dari belenggu penindasan dan kezaliman penjajah. Oleh itu keamanan yang ada kini perlulah dikekalkan dan mengelakkan diri daripada mencetuskan konflik berdarah demi mengelak sejarah pahit zaman silam berulang kembali. Janganlah pula kita yang menjadi dalang di tanah air sendiri. Contoh:-

degup ingin anak-anak bangsa masih kental mengisi mimpi membenteng tanah yang sesusuk ini dengan harga cinta tak tertawarkan 12

dengan anyam kasih tak tercelakan. 5. Masih ada anak-anak bangsa generasi yang mewarisi semangat perjuangan generasi silam yang kental jiwanya dan sanggup berjuang dan berkorban untuk mempertahankan kedaulatan dan keharmonian negara bangsa. Contoh:-

degup ingin anak-anak bangsa masih kental mengisi mimpi membenteng tanah yang sesusuk ini dengan harga cinta tak tertawarkan dengan anyam kasih tak tercelakan

Ini Tanah Kita (Salman Sulaiman) Maksud Rangkap 1

13

Penyajak ingat akan pesan bondanya bahawa suatu hari nanti penyajak atau anaknya akan menempuhi kematian. Bonda mengingatkan penyajak supaya sentiasa mengingati Tuhan dan berzikir kepada Tuhan dengan penuh keinsafan seolah-olah seperti seorang tua yang hampir meninggal dunia. Rangkap 2 Pesan bonda lagi, liang lahad ini akan diisi dengan jasad-jasad yang bersedia menghadapi kematian. Penyajak termenung seketika memikirkan bagaimana untuk menjadi lelaki yang bersedia untuk hidup dalam alam liang lahad tersebut. Rangkap 3 Bonda berpesan lagi supaya kita sentiasa mengingati hari kematian kita kerana kemungkinan kita akan mati pada hari esoknya. Rangkap 4 Kita tidak hanya perlu melilitkan kepala dengan kain serban untuk menunjukkan alim di hadapan malaikat Munkar dan tidak perlu mempunyai ilmu sihir untuk bersembunyi daripada malaikat Nakir. Namun kita perlu tahu bahawa kita berasal daripada tanah. Rangkap 5 Tanah (kubur) ini sentiasa menunggu bakal-bakal penghuninya. Rangkap 6 Penyajak berimiginasi terdapat seorang lelaki tua di bawah sepohon kemboja sedang menggali liang lahad untuk jasadnya sendiri. (Menggambarkan seseorang itu telah bersedia untuk kembali kepada Penciptanya) Tema Sajak ini bertemakan keagamaan, sentiasa mengingati kematian kerana setiap yang hidup akan berakhir dengan kematian.

14

Persoalan 1. Persediaan menghadapi kematian. Kita sebagai manusia yang akan menempuh alam kematian suatu hari nanti perlu bersedia dan membawa bekalan menuju akhirat. 2. Nasihat seorang ibu kepada anaknya. Ibu menasihati anaknya supaya sentiasa bersedia mengingati kematian yang akan dilalui oleh setiap manusia. 3. Keinsafan di dalam diri manusia. Kematian yang berlaku setiap hari dapat menyedarkan dan menginsafkan penyajak bahawa suatu hari nanti dia juga akan menempuhi kematian.

Sekeping Kartu Kecil (Mohd. Aidid Abd Rahman) Maksud 15

Rangkap 1 Penyajak menyangka bahawa kekasihnya telah melupakannya kerana mereka telah lama berpisah. Rangkap 2 Penyajak menerima kad ucapan hari raya daripada kekasihnya. Rangkap 3 Kad tersebut menggembirakan penyajak dan terkenang akan hubungan mereka pada masa lampau. Rangkap 4 Penyajak ingin berkunjung ke rumah sahabatnya pada hari raya nanti. Bukan sebagai kekasih tetapi sebagai sahabat. Penyajak meminta kekasihnya melayannya sebagai sahabat. Tema Bertemakan persahabatan. Penyajak mengharapkan hubungan yang terputus antara dia dan kekasihnya akan tetap berkekalan tetapi sebagai sahabat. Persoalan 1. Kesetiaan dalam memupuk persahabatan. Contoh:

ya, ingin sekali aku berkunjung ke rumahmu bukan lagi sebagai kekasih seperti kelmarin

2. Kasih sayang dalam keluarga Contoh:

dan tiga orang anak tercinta

3. Melayan tetamu dengan baik Contoh:

sambutlah sebagaimana kebiasaan engkau menyambut tetamu 16

Kubentang Sehelai Peta (T. Alias Taib) Maksud 17

Rangkap 1 Penyajak mula menyatakan perjalanan hidupnya dari kecil sehingga berusia 60 tahun. Rangkap 2 Penyajak terkenangkan semasa kecilnya. Dia banyak menghabiskan masa di sawah dan kesabarannya dibentuk semasa aktiviti memancing. Rangkap 3 Penyajak mengalami kesukaran untuk menuntut ilmu. Beliau terpaksa berkaki ayam dan melalui kawasan hutan semasa ke sekolah. Rangkap 4 Semasa remaja juga beliau menghadapi cabaran/masalah/dugaan untuk mencapai impiannya sebagai penulis/karyawan. Rangkap 5 Apabila semakin berusia, penulis semakin matang dan mengenal diri sendiri serta peranannya dalam masyarakat. Rangkap 6 Penulis akhirnya berjaya mencapai impiannya namun tetap mengekalkan warisan budaya nenek moyang.

Tema Bertemakan jati diri. Penyajak menceritakan pengalaman pahit getirnya mengharungi kehidupan. Persoalan 1. Ketabahan dalam mengharungi cabaran hidup 18

Contoh: Di atas rakit ini kurempuh kesulitan 2. Gigih berusaha mencapai kejayaan dalam pelajaran Contoh:

menajamkan kalam dan berkaki ayam menyusur denai basah ke sekolah

3. Kegigihan mencapai cita-cita Contoh:

antara bakat menulis puisi dengan mengasah perasaan

4. Mengenal diri sendiri Contoh:

Di atas rakit ini kukayuh usiaku Mudik ke hulu hari mencari diri

Sepi Syawal Tanpa Bonda (Amylia Hussain) Maksud Rangkap 1 Penyajak melahirkan perasaan kecewa dan dukacitanya yang bercampur gaul dalam hati dan membiarkan kesedihan dan kesunyian yang dialami seterusnya tergambar pada wajah penyajak Rangkap 2 Penyajak berasa amat gembira sewaktu mendengar alunan takbir bergema kerana dapat bersama-sama ibunya, seorang wanita tua yang penuh kesabaran dan baik hati.

19

Rangkap 3 Setelah kematian ibunya, penyajak berasa amat sunyi dan pilu. Namun, kenangan sewaktu bersama-sama ibunya dahulu tetap dalam ingatannya.

Tema Sajak ini bertemakan kasih sayang. Kasih sayang seorang anak terhadap ibunya tetap utuh walaupun ibunya telah meninggal dunia. Hal ini amat menyentuh hati penyajak terutama sewaktu menyambut kedatangan syawal, penyajak berasa amat sunyi. Persoalan 1 Kematian orang yang tersayang – penyajak menerima kematian ibunya walaupun dalam masa yang sama beliau amat terasa dengan kehilangan tersebut. 2 Kesepian menjalani kehidupan – penyajak berasa sunyi selepas kematian ibunya dan sentiasa terkenangkan ibunya. 3 Kesabaran menjalani kehidupan – ibu penyajak merupakan seorang yang penyabar kerana menyimpan sendiri kesusahannya daripada pengetahuan penyajak. Kata Bukit Kepada Jentolak (Mohd Faizal Said) Maksud Rangkap 1 Bukit berkata kepada jentolak bahawa dia pernah mencatat sejarah, iaitu pernah berlaku persengketaan antara dua beradik sehingga membawa kepada peperangan. Pertanyaan daripada bukit kepada jentolak yang datang dengan hingar dengan deruman dan boleh menguburkan sejarah yang pernah berlaku di bukit itu.

Rangkap 2

20

Jentolak berkata kepada bukit bahawa dia tidak mengetahui apa-apa malahan dia tidak mahu ambil tahu kerana dia melakukan sesuatu adalah semata-mata kerana wang. Rangkap 3 Bukit berkata kepada jentolak bahawa dia adalah pasak kepada alam dan disebabkan sikap rakus manusia yang memusnahkan alam maka berlakulah kejadian tanah runtuh. Rangkap 4 Jentolak berkata kepada bukit bahawa dia tidak mengetahui apa-apa malahan dia tidak mahu ambil tahu kerana dia melakukan sesuatu adalah semata-mata kerana wang.

Tema Sajak ini bertemakan alam sekitar. Penjagaan alam sekitar penting bagi menjamin kelestarian alam. Alam sekitar adalah sumber penting dalam kehidupan manusia. Kemusnahan alam sekitar boleh mendatangkan bencana kepada kita.

Persoalan 1 Kuasa wang – Penyajak menimbulkan isu mengenai sesetengah pihak yang lebih mementingkan keuntungan berbanding menjaga kelestarian alam. 2 Peristiwa bersejarah – Peristiwa bersejarah, iaitu perang saudara yang pernah berlaku di bukit itu akan terkubur sekiranya bukit ini dimusnahkan oleh jentolak. 3 Kemusnahan alam sekitar – Kerakusan sesetengah pihak yang cuba mengaut keuntungan akan mendatangkan kemusnahan kepada alam sekitar, iaitu boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh. 21

Lidah Anakku Berbelang-Belang (Abizai) Maksud Rangkap 1 Pengaruh daripada pendidikan sekular telah menyebabkan generasi hari ini mengagungkan perkara-perkara yang dihasilkan oleh orang barat. Anak-anak hari ini lebih suka kepada gaya hidup moden dan tidak mengamalkan warisan budaya sendiri. Penyajak mengharapkan agar anak-anak muda hari ini kembali ke pangkal jalan sebelum masa terlambat.

22

Tema Sajak ini bertemakan kesan dan pengaruh budaya moden terhadap perkembangan gaya hidup anak-anak muda hari ini. Contohnya, anak-anak muda hari ini telah mula mengagungkan bahasa barat berbanding menggunakan bahasa ibunda. Persoalan 1.

Kepentingan bahasa ibunda . Anak-anak muda keliru tentang kelebihan antara bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Bahasa asing lebih diagungkan berbanding bahasa ibunda. Contoh :

hasil didikan serampang bermata dua keliru menilai martabat bahasa ibunda

2.

Mengagungkan budaya barat berbanding budaya sendiri Contoh: memuja kuntuman tulip di taman seberang melupakan haruman melur di laman belakang

3.

Amalan budi bahasa yang semakin terhakis Contoh : teduh budi bahasa tiada lagi terasa ditawan terik mentari langit terbuka

4.

Seruan kembali ke pangkal jalan Contoh:

segeralah pulang sebelum menghilang setia menghadam kulit dan isi warisan

23

Ingatan Kepada Kawan XXIV (Zaen Kasturi) Maksud Rangkap 1 Walaupun peralihan waktu dan musim. Saban waktu penyajak mengingati kawannya dan diharapkan menjadi ingatan di hati kawannya juga. Rangkap 2 Penyajak menggambarkan kemungkinan dirinya hanya bayangan atau kenyataan buat sementara selagi dia masih hidup. Mungkin setelah melalui dan mengalami semuanya maka kita akan lebih tahu rencah kehidupan ini. Dalam kehidupan ini kita akan sentiasa dibuai mimpi jika kita tidur dan akan berjumpa seorang kawan yang baik jika ditakdirkan oleh Tuhan dalam kehidupan. 24

Rangkap 3 Dalam hubungan yang wujud ini, akan membawa kita mengharungi kehidupan yang lebih baik dan akan menjadi sahabat yang akan sentiasa menjaga kawannya serta menganggap kawannya menjadi sebahagian dirinya yang penting dalam hidup ini. Rangkap 4 Dalam hubungan persahabatan, kita harus ikhlas menjaga kawan dan bukan mempunyai keinginan tersirat untuk memilikinya. Kawan atau sahabat kita mungkin ada yang menghadapi pelbagai masalah. Rangkap 5 Penyajak menganggap kawannya tempat dia meluahkan masalah dan perkongsian masalah dapat diselesaikan. Dalam kehidupan ini kita sering dilambung pelbagai dugaan dan masalah. Namun semua itu adalah sesuatu yang indah.

Tema Bertemakan kasih sayang seorang rakan yang menyayangi rakannya dan sanggup berkongsi masalah bersama-sama. Persoalan 1. Persoalan sikap kawan yang mengambil berat masalah kawannya. 2. Persoalan saling mengingati antara satu sama lain tanpa ada hasrat yang tersembunyi di sebaliknya.

3. Persoalan keikhlasan dan jujur dalam persahabatan tanpa ada niat untuk mengkhianati sahabat atau kawan. 25

Jalur yang Tidak Pernah Padam (Jasni Matlani) Maksud Rangkap 1 Cahaya matahari mula menyinari, menerangi bumi pada waktu pagi ke seluruh pelusuk dunia sama ada di atas bumbung, di atas pokok-pokok rendang, di kawasan taman, di kawasan kota yang sibuk ataupun kawasan desa yang suram. Rangkap 2 Apabila hari semakin tinggi, maka cahaya matahari semakin bersinar dan menerangi ke seluruh alam. Malahan cahaya matahari yang berkaca-kaca ini turut diraikan dalam satu pesta untuk mengalu-alukan turunnya hujan setelah tujuh tahun mengalami musim kemarau. Rangkap 3 Sinar matahari tidak pernah padam malah terus memancarkan cahayanya walaupun telah sampai ke penghujung petang.

Sinarnya tidak akan berakhir pada waktu itu

sahaja kerana cahayanya akan menerangi bahagian lain di muka bumi ini. Matahari 26

tidak akan hilang atau terhapus daripada dunia ini walaupun tidak kelihatan pada pandangan mata.

Tema Kepentingan alam semula jadi kepada manusia. Matahari telah membantu penduduk bumi menerangi alam ini dengan pancaran cahayanya yang berterusan tanpa ada penghujung.

Persoalan 1 Berbuat jasa – Matahari telah berbuat jasa kepada alam ini tanpa mengira manusia, haiwan atau tumbuhan dengan menerangi bumi ini secara berterusan. 2 Kesetiaan dalam perhubungan – Perhubungan manusia dengan matahari sangat rapat sehinggakan kehadiran matahari turut dirasai pada waktu malam walaupun jasadnya sudah tidak kelihatan lagi. 3 Kesyukuran – Hujan yang turun telah disambut dengan gembira dan penuh kesyukuran akibat musim kemarau yang berlaku selama tujuh tahun.

27

Pancang Kenangan (Khadijah Hashim) Maksud Rangkap 1 Penyajak menyuarakan keluhan kerana terdapat banyak pihak yang tidak menghiraukan / tidak prihatin dengan suara-suara pendapat / bantahan tentang kemusnahan alam akibat proses pembangunan. Rangkap 2 Keadaan yang berlaku menyebabkan banyak pihak yang kecewa dan berputus asa kerana terpaksa tunduk menurut arahan pihak atasan / pihak berkuasa. Mereka terpaksa akur dengan membiarkan alam semula jadi diteroka secara meluas demi pembangunan.

Rangkap 3 Terdapat golongan yang berkuasa semakin lantang bersuara dan sanggup mendengar suara bantahan golongan pencinta alam. Mereka memberi janji dan mengadakan kempen/slogan namun semua itu tidak dapat membersihkan sungai yang telah tercemar dan menyelamatkan flora dan fauna. Golongan bawahan tidak mampu menghalang semua itu daripada berlaku. Alam sekitar ini bakal menjadi satu kenangan sahaja suatu hari nanti jika masalah ini terus berlaku.

Tema 28

Bertemakan proses pembangunan yang banyak mengorbankan alam sekitar.

Persoalan 1. Kepupusan flora dan fauna akibat proses pembangunan. 2. Sikap manusia yang mementingkan diri sehingga mengabaikan alam sekitar. 3. Golongan bawahan yang terpaksa akur dengan tindakan golongan atasan yang bersifat negatif. 4. Usaha-usaha yang dilakukan untuk mempertahankan alam sekitar daripada pupus. Kolek Bonda (Aminah Mokhtar) Maksud Rangkap 1 Pak Tua (generasi tua) berasa risau sebelum anak-anak (generasi baru) pulang dari tanah seberang (menuntut ilmu, bekerja). Dia menjangka akan berlaku perubahan sikap dan pemikiran yang ketara berbanding sebelumnya (generasi muda) setelah pulang nanti. Rangkap 2 Pak Tua begitu berhati-hati berbicara ketika generasi baru ke tanah air. Pak Tua berpesan supaya terus mempertahankan jati diri bangsa dan tidak menggadaikan maruah bangsa yang selama ini menjadi amalan/pegangan generasi silam. Amalan ini telah mempertahankan kedaulatan negara bangsa sejak sekian lama. Rangkap 3 Pak Tua bertindak penuh hemah dengan memperindah dan memperkukuh kolek bonda apabila diminta secara paksa oleh anak-anaknya. Dia dengan penuh hemah meyakinkan mereka bahawa kolek itu bercirikan berdaya tahan dan berdaya saing yang tinggi. Rangkap 4 Pak Tua mendahului anak-anaknya (sebelum anak-anaknya bertindak selanjutnya) memulakan bicara penuh syahdu dengan kias dan ibarat berkaitan, tunjuk ajar dan 29

penyelesaian masalah kehidupan. Namun nasihat itu telah mencetuskan kemarahan mereka. Pak Tua lantas mengusungkan koleknya ke kuala untuk mengelilingi dunia. Rangkap 5 Di setiap benua yang disinggahinya, Pak Tua berkias tentang generasinya / bangsanya. Pak Tua penuh yakin dan menegaskan berkenaan kolek bondanya yang berlantaikan jiwa hanya berdindingkan bangsanya yang berdaya tahan dan berdaya saing yang hebat/tinggi. Tahan diuji. Dia kemudiannya membawa kolek bondanya mengelilingi dunia.

Rangkap 6 Pak Tua berjaya membuktikan kata-katanya tentang kelebihan / keistimewaan kolek bonda sehingga anak-anak tiada alasan menidakkan kebenarannya. Pak Tua kemudiannya telah beberapa kali berjaya mengeliling dunia menaiki kolek bonda. (menjuarai / mendapat ranking dunia/ pengiktirafan dunia) Tema Kepimpinan melalui teladan/Identiti Nasional/Jati Diri. Pemimpin yang berwawasan berkerampilan berhemah tinggi perlu untuk kepentingan negara bangsa dan menjadi contoh kepada orang yang dipimpinnya. Mengotakan kata. Futuristik. Meyakinkan dan memberikan kesan emosi dan merealisasikan visi dalam melaksanakan misi. Persoalan 1. Generasi tua perlu memastikan jati bangsa dihayati dalam jiwa generasi muda dalam mencorak wawasan negara. 2. Setiap kata-kata/nasihat/tunjuk ajar perlu dibuktikan untuk mendapat kesan emosi dan keyakinan/ kepercayaan yang mendalam. 3. Generasi tua perlu mempunyai daya saing dan daya tahan yang tinggi dalam mempertahankan kelestarian budaya bangsa. 4. Pertembungan pemikiran/budaya/pendidikan antara generasi tua dan generasi muda perlu ditangani secara berhemah untuk mengelakkan konflik yang boleh menjejaskan kelestarian budaya warisan.

30

5. Setiap warganegara perlu berwawasan dengan berpaksikan kepentingan negara serta menyedari akan realiti semasa dan berkebolehan membuat ramalan/ perancangan masa depan dalam menentukan kemenjadian wawasan tersebut. 6. Sentiasa peka dan mengenali diri setiap ahli organisasi. 7. Mengotakan apa yang dikata. 8. Berkongsi pengalaman bersama-sama dengan memanfaatkan pengalaman dan kepakaran serta kecekapan dalam membuat keputusan dengan tangkas dan tepat 9. Dapat menentukan tindakan masa depan secara optima dengan merancang, mengelola, mendorong dan mengawal secara sistematik Kuntum Rahsia dari Taman Takdir (WB. Rendra) Maksud Rangkap 1 Pengarang menyatakan bahawa nilai kepercayaan dalam persahabatan akan memupuk kesetiaan sehingga membentuk satu hubungan yang akrab dalam

kehidupan.

Hubungan yang akrab ini akan menjadikan kehidupan lebih bahagia. Rangkap 2 Seorang pemuda berjanji dengan sepenuh jiwa akan setia terhadap persahabatan ini, walaupun janji tersebut bukan mudah ditepati seperti yang dilafazkan. Rangkap 3 Terdapat gangguan dari luar yang berusaha untuk memusnahkan perjanjian itu. Kita hanya bergantung harap pada Allah melalui doa untuk menghadapi ujian dan semua ini

memerlukan

kesabaran. Akhirnya,

kesabaran

itu

akan

membina

sebuah

kebahagiaan. Tema Bertemakan kepentingan kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Setiap perhubungan perlu disemai dengan kesetiaan. 31

Persoalan 1. Persoalan kebahagiaan dalam kehidupan. Sebagai contoh: adalah baja-baja bahagia 2. Persoalan ketabahan menghadapi ujian. sebagai contoh: denai- dilalui- ditempa 3. Persoalan menyerah diri kepada Tuhan Sebagai contoh: Dipelihara dalam dakapan doa Aku Tidak Berani Berjanji (Rosli K. Matari) Maksud Rangkap 1 Seorang pemimpin yang tetap pendiriannya dan bebas melakukan apa sahaja yang difikirkannya. Rangkap 2 Walaupun ada waktunya pemimpin berasa gembira tetapi tidak dapat dizahirkan atau pun ketika dia sedih dan hanya menerima keadaan tersebut. Rangkap 3 Pemimpin tetap tabah dan teguh pendirian ketika ditimpa pelbagai ujian yang cuba menggugat dirinya. Rangkap 4 Pemimpin lebih takut akan balasan yang akan diterimanya sesudah mati berbanding ancaman daripada orang lain. Rangkap 5 32

Kadang-kadang pemimpin berasa bimbang untuk menyuarakan sesuatu dan dibiarkan begitu sahaja. Rangkap 6 Ada kalanya pemimpin terpaksa mengikut kehendak mereka yang di bawah kepimpinannya walaupun terpaksa berpura-pura. Rangkap 7 Sesekali terpaksa pula menjadi seorang pemimpin yang tegas dan bertindak keras namun masih menghormati mereka yang di bawah kepimpinannya. Rangkap 8 Begitulah rutin harian yang dijalani oleh seorang pemimpin. Rangkap 9 Pemimpin tidak berani berjanji bahawa semua perkara akan dapat diatasinya. Tema Sajak ini bertemakan kejelasan prinsip seseorang pemimpin. Contohnya, Sang Pelita membiarkan sahaja bayangnya bermain sepuas-puasnya atau membebel sekehendak hatinya. Persoalan 1. Jati diri seorang pemimpin.

Pemimpin tetap dengan pendiriannya walaupun

menerima pelbagai kritikan atau cemuhan daripada orang bawahannya. Contoh:

Seperti tiap-tiap malam, yang sudah-sudah Sang Pelita membiarkan sahaja Bayangnya bermain sepuas-puasnya Atau membebel sekehendak hatinya

2. Tabah dalam menghadapi dugaan. dugaan yang mendatang. 33

Pemimpin tetap tabah dengan pelbagai

Contoh:

Bahkan, ketika angin mencuri-curi masuk Sang Pelita berdiam diri sahaja Tidak peduli sekuat-kuat mana Bayangnya menjerit-jerit cemas

3. Keinsafan dalam menjalankan tanggungjawab.

Pemimpin sedar dan berasa

insaf akan mendapat balasan sekiranya tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pemimpin. Contoh:

“Aku ngeri pada maut, Lebih daripada jeritan mu”

4. Sifat rendah diri dalam diri seorang pemimpin. Pemimpin sedar bahawa dia tidak mungkin dapat melakukan semua yang diharapkan oleh orang bawahannya. Contoh:

Hanya sekali, ia pernah menjawab: “Aku tidak berani berjanji apa-apa.”

5. Pengorbanan seorang pemimpin.

Pemimpin terpaksa berkorban demi

kepentingan mereka yang di bawah pimpinannya. Contoh:

Menjadi helang mengepak-ngepak sayap Meniru orang tua terbongkok-bongkok Merungut atau berdekah-dekah Menjelma atau menyelinap sementara

6. Kebebasan bersuara.

Rakyat diberi kebebasan bersuara dan memberi

pandangan terhadap pemimpin mereka. Contoh:

Sang Pelita membiarkan sahaja Bayangnya bermain sepuas-puasnya Atau membebel sekehendak hatinya

34

Aku Hanya Mahu ke Seberang (Hashim Yaacob) Maksud Rangkap 1 Persediaan dan persiapan rapi dan teliti daripada setiap aspek fizikal, mental dan emosi untuk mencapai impian yang murni dalam merancang kehidupan masa hadapan. Rangkap 2 Bersedia untuk berhadapan/menempuh cabaran yang telah dijangka dan tidak terduga sepanjang perjalanan untuk meraih kejayaan. Rangkap 3 Penyair akur akan keupayaannya yang masih banyak kekurangan/kelemahannya sedangkan halangan sangat mencabar keupayaannya fizikal dan mental dan emosinya. Rangkap 4 Penyair berharap agar segala cabaran sepanjang perjuangannya dalam keadaan terkawal. Demikian juga dengan segala persiapan fizikal, mental dan emosi supaya berfungsi dengan sempurna dan tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini yang boleh menggagalkan usahanya sekian lama untuk mencapai impiannya. 35

Rangkap 5 Bertawakal dan berserah kepada Tuhan semoga cita-cita/impian yang kecil itu dimakbulkan. Tema Bertemakan persediaan yang menyeluruh (emosi, mental dan fizikal) dengan keazaman yang mantap, pengetahuan ilmu yang menyeluruh dalam pelbagai dan ketelitian dalam mengubah kehidupan.

Keyakinan dalam

doa dan bertawakal kepada Tuhan agar

segala usaha tidak sia-sia dan sangat perlu dalam merealisasikan cita-cita. Persoalan 1. Setiap orang perlu mengetahui dan menyediakan perkara-perkara yang terbaik (sebaik-baiknya) untuk dirinya dalam meneruskan kehidupan. Contoh:Kupahat cengal menjadi perahu dayungnya teras tembusu Layar bertingkat kapas gulung tiangnya tegap kayu nibung Panjinya kain suluk atma 2. Setiap orang yang hendak mengubah kehidupan / mencapai cita-cita perlu berilmu pengetahuan dan berkemahiran yang tinggi tentang bidang yang ingin diceburinya. Contoh :Kupahat cengal menjadi perahu dayungnya teras tembusu Layar bertingkat kapas gulung tiangnya tegap kayu nibung Panjinya kain suluk atma 3. Pengetahuan dan persediaan

yang

mantap mengenai keadaan persekitaran

yang menjadi cabaran dan halangan perlu diketahui dengan sebaik-baiknya. 36

Contoh :mengharung samudera melawan ombak dan pantai 4. Mengetahui keupayaan diri

dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan

persekitaran supaya dapat terus berdaya tahan. Contoh :Perahuku kecil, lautnya ganas.

5. Bertawakal dan berdoa serta memberi pengharapan yang tinggi kepada Tuhan yang maha menguasai alam semesta, sangat perlu untuk meredakan tekanan dan mengawal emosi supaya dapat terus bertahan (sebagai terapi - tidak hilang punca/ dapat mengawal keadaan) dalam menghadapi saat-saat genting dalam kehidupan. Contoh :Tenanglah laut, kuala dan muara. Ombak jangan gila melanda Tiuplah bayu pada layarku laju Dayung jangan patah. Layar jangan rekah Tiang jangan rebah

6. Tidak mudah patah semangat walaupun menemui pelbagai kesukaran dalam merealisasikan cita-cita. Contoh :Tuhan, Aku hanya mahu ke seberang

37

Wanita dan Laut (Mahaya Mohd Yassin) Maksud Rangkap 1 Wanita digambarkan sebagai laut yang tenang disuluhi cahaya matahari tetapi boleh bertukar bergelombang jika perasaannya terusik. Rangkap 2 Wanita juga mempunyai sikap yang sopan santun tetapi dalam masa yang sama turut menyimpan dendam. Rangkap 3 Wanita memiliki perasaan yang indah saat bertemu muka, namun menyimpan rahsia dan penuh misteri. Rangkap 4 Wanita yang diumpamakan sebagai laut digambarkan sangat indah tetapi pada masa yang sama bersuara lantang dalam diam, sukar ditafsir tindak-tanduknya dan kadangkala menjadi pendiam. 38

Rangkap 5 Segala tindak-tanduknya bersebab dan rasional.

Mempunyai kesungguhan dalam

menyemai perasaan kasih dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi, memiliki peribadi yang mulia. Rangkap 6 Ibu, kakak, nenek dan penyajak sendiri ialah wanita anugerah Allah yang amat istimewa untuk seluruh umat manusia

Tema Sajak ini bertemakan kekuatan peribadi wanita. Wanita yang digambarkan sebagai laut mempunyai keistimewaan yang tersendiri disebabkan sifat laut yang tenang dan juga bergelora. Keistimewaan yang ada pada wanita adalah anugerah daripada maha pencipta untuk seluruh umat manusia. Persoalan 1 Kasih sayang seorang wanita – Wanita digambarkan sebagai insan yang mempunyai perasaan kasih sayang yang sangat melimpah-ruah. 2 Kesetiaan kaum wanita – Kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi adalah satu keistimewaan yang dimiliki oleh wanita. 3 Wanita adalah anugerah Tuhan – Wanita yang terdiri daripada nenek, ibu, kakak adalah anugerah istimewa untuk manusia sejagat.

39

Ranting (Hilmi Rindu) Maksud Rangkap 1 Tidak semua masyarakat kita mempercayai kemajuan yang dikecapi disebabkan oleh peranan individu atau organisasi. Rangkap 2 Hasil kejayaan dan kenikmatan yang diperoleh hari ini disebabkan oleh usaha dan sumbangan individu atau organisasi tertentu yang banyak membantu tanpa mengharapkan balasan. Rangkap 3 Masyarakat selalu menyanjung tinggi setiap kejayaan secara luaran tetapi tidak menyedari sebenarnya terdapat peranan besar yang dimainkan oleh golongan tertentu dalam kejayaan tersebut. Sebaliknya, masyarakat menikmati hasil kejayaan itu dengan perasaan gembira tanpa menyedari disebalik kejayaan itu terdapat golongan tertentu yang membantu. Rangkap 4 Individu dan organisasi yang ikhlas membantu dalam memberi sumbangan idea dan tenaga mempunyai perasaan rendah diri dan memahami erti kehidupan bahawa setiap yang

disumbangkan tidak semestinya mendapat kejayaan dan mengharapkan

perhargaan orang lain Rangkap 5

40

Individu yang ikhlas mengharapkan sumbangan yang diberikan dapat memberi kebahagiaan kepada orang lain agar kemajuan negara akan terus dikecapi selamalamanya.

Tema Bertemakan integriti seorang individu atau masyarakat dalam sesebuah organisasi dengan memberi sumbangan tanpa mengharapkan balasan untuk kepentingan orang lain. Persoalan 1. Persoalan sikap masyarakat yang kurang sedar kemajuan yang dimiliki atas sumbangan orang lain atau pihak tertentu. 2. Persoalan kemajuan yang dinikmati adalah disebabkan oleh usaha pihak tertentu.

3. Persoalan keikhlasan seseorang individu atau organisasi memberi sumbangan tanpa mengharapkan sanjungan daripada orang lain.

41

Belajarlah Memahaminya - Gunung Legenda (Shapiai Muhammad Ramly) Maksud Rangkap 1 Penyajak tahu bahawa daun-daun yang kelihatan diam sebenarnya sedang berzikir. Suasana di kawasan gunung tersebut memberikan ketenangan kepada penyajak yang rimas dengan kesibukan kota sebelum ini. Gunung ini merupakan tempat yang meninggalkan peristiwa sejarah dan menimbulkan pelbagai misteri yang tidak terjawab. Suasana di sana menyedarkan penyajak betapa pentingnya menjaga alam sekitar daripada menjadi mangsa kemusnahan akibat pembangunan.

Rangkap 2 Ketika tidur di kaki gunung tersebut, penyajak mengimbas kembali tentang peristiwa sejarah yang pernah berlaku di gunung tersebut. Sejarah yang banyak memberikan sindirian. Sejarah tentang legenda seorang puteri.

Rangkap 3 Semasa berada di puncak gunung, penyajak berasa terpegun melihat suasana dan keindahan alam semula jadi.

Rangkap 4

42

Ketika menuruni gunung tersebut, penyajak masih terasa seolah-olah alam sekitar disekeliling begitu mesra dengannya.

Rangkap 5 Penyajak mengajak kita semua agar belajar dan memahami diri melalui alam semula jadi yang terdapat di gunung legenda ini.

Tema Bertemakan hubungan antara alam sekitar dengan manusia.

Persoalan 1. Keindahan alam sekitar ciptaan Tuhan. 2. Peristiwa sejarah yang penting di sesuatu kawasan/tempat. 3. Suasana alam sekitar di kawasan pergunungan dapat memberi ketenangan kepada orang ramai. 4. Sejarah yang sudah berlalu banyak memberi sindiran dan iktibar kepada masyarakat.

43

Pada Glaukoma ke Ahmar (Abd Razak@Rezeki Othman) Maksud Rangkap 1 Pengarang menggambarkan suasana yang dirasai/kesan emosi melibatkan perubahan fungsi/kemerosotan deria penglihatan seseorang yang turut melibatkan perubahan masa. Rangkap 2 Pengarang menggambarkan emosi seseorang yang tertekan kerana kehidupannya tidak lagi dapat berfungsi/membataskan pergerakan dalam menjalani rutin harian disebabkan kemerosotan fungsi deria penglihatan. Sedangkan usia semakin mendekati kematian. Rangkap 3 Malang menimpa bonda pengarang kerana dia tiba-tiba diserang penyakit angin ahmar pula. Selama ini dia yang masih dapat melaksanakan rutin ibadah solat walaupun dalam keadaan pergerakan yang terbatas. Namun serangan penyakit ahmar ini telah melumpuhkan setiap pergerakannya. Rangkap 4 Pengarang menyatakan ibunya telah menanggung penyakit

glaukoma yang telah

menghilangkan deria penglihatan ibunya selama hampir tiga puluh tahun. Namun menyatakan keresahannya/kerisauannya jika dengan serangan penyakit angin ahmar 44

ini nantinya akan menghilangkan/mengambil/meragut pula keseluruhan hayat ibunya yang tiada galang gantinya. Mendapat sakit berat yang bertimpa-timpa. Rangkap 5 Pengarang berdoa agar ibunya terus reda dan sabar menghadapi penyakitnya kerana dia tidak mahu kehilangan ibunya. Pengarang tidak berasa terbeban menjaga ibunya sebaliknya ingin terus diberi peluang untuk berbakti dan membalas jasa ibunya yang tidak ternilaikan itu. Tema Bertemakan kasih sayang dan empati seorang anak terhadap ibunya

yang begitu

tabah dan reda menanggung penderitaan akibat penyakit glaukoma selama hampir tiga dekad dan yang terkini diserang penyakit angin ahmar pula. Kasih sayang yang begitu ampuh seorang anak yang begitu takut jika hayat kehidupan ibunya tidak panjang berikutan serangan penyakit angin ahmar. Ini kerana si anak masih tidak puas berbakti dan membalas budi ibunya selama ini. Persoalan 1. Malang tidak berbau kerana tiada sesiapa pun yang ingin berpenyakit. Serangan penyakit turut menjejaskan rutin dan suasana

kehidupan manusia.

Meragut

kebahagiaan manusia dan menjejaskan diri manusia secara zahir dan batin. Contoh : -

Dari ruang cahaya kini ke sudut suram

Contoh :-

Bagai bayu siang bertiup bebas kemudian terkurung menjadi udara pengap dinding kehidupan diikat ruang

Contoh:-

Sesudah glaukoma 45

pada usia delapan puluh kamu diterpa ahmar pula ia mengunci bahasa kaki dan mengekang bahasa tangan 2. Manusia perlu reda dan tabah menghadapi penyakit/musibah dengan meneruskan kehidupan setakat yang terdaya. Masih tetap mengerjakan ibadah solat walaupun cacat penglihatan selama hampir tiga dekad. Contoh : -

Sesudah glaukoma pada usia delapan puluh kamu diterpa ahmar pula ia mengunci bahasa kaki dan mengekang bahasa tangan yang selama ini menggerakkan ke wuduk dan solatmu

Contoh:-

Pun glaukoma itu telah hampir tiga dekad membawa pergi indera kau miliki

3. Bersyukur dengan nikmat dan anugerah kesihatan yang baik dan pancaindera yang berfungsi

yang memberi kebahagiaan

dan harapan kepada kehidupan.

Oleh itu kita perlu berbakti semasa kita masih sihat. Contoh:-

Dari ruang cahaya

Contoh:-

Bagai bayu siang bertiup bebas

46

Contoh:-

ke seri taman budimu yang tak tertanam olehku

4. Seorang anak perlu bersyukur kerana masih mempunyai ibu bapa. Oleh itu perlu berempati terhadap keuzuran ibu bapa mereka.

Hal ini dapat mengurangkan

tekanan emosi mereka untuk meneruskan hari-hari yang mendatang sebelum tibanya saat kematian. Contoh:-

dan mungkinkah deru ahmar ini bakal membawa pergi satu-satunya yang aku miliki betapa baki kesempatan ini biar kusisip bunga bakti ke seri taman budimu yang tak tertanam olehku

5. Seseorang anak tidak boleh menganggap ibu bapa yang tidak sihat/cacat sebagai beban. Sebaliknya perlu berusaha mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung.

Anak-anak perlu reda dan sabar menghadapi dan sama-sama

menanggung penderitaan ibu bapa mereka. Supaya ibu bapa tidak berasa tersisih atau membebankan sebaliknya berasa sentiasa diperlukan oleh anak-anak. Hal ini dapat memberikan mereka kekuatan untuk meneruskan kehidupan seadanya. Contoh:-

Ibu, pada glaukoma ke ahmar teruji lagi reda dan sabar betapa baki kesempatan ini biar kusisip bunga bakti ke seri taman budimu 47

yang tak tertanam olehku

6. Penyakit boleh menyerang secara tiba-tiba dan bertimpa-timpa dan menjadi penghalang kepada kebahagiaan. Persediaan spiritual, mental, emosi dan fizikal perlu kuat untuk menanganinya dalam meneruskan kehidupan. Contoh:-

kini ke sudut suram

Contoh:-

kemudian terkurung menjadi udara pengap dinding kehidupan diikat ruang

Contoh:-

ia mengunci bahasa kaki dan mengekang bahasa tangan

Contoh:-

Ibu, pada glaukoma ke ahmar teruji lagi reda dan sabar

48

Suara Pedih daripada Anak Penghuni Sungai (Napie Mat) Maksud Rangkap 1 Penyajak melambangkan kehidupan di sungai seperti kehidupan manusia di dunia. Penyajak pernah diasuh tentang kehidupan manusia dan secara tidak langsung dia memahami cara hidup manusia yang bekerja sebagai nelayan yang melaksanakan fitrah Allah untuk mencari rezeki.

Rangkap 2 Penyajak memahami bahawa keadaan yang tenang tidak semestinya tiada masalah yang timbul dan kadang-kadang masalah yang timbul datang tanpa petanda. Masalah yang datang bagi golongan nelayan seperti musim tengkujuh memberi kesan yang teruk kepada golongan tersebut. Hal ini menyebabkan golongan bawahan seperti nelayan tidak dapat meneruskan pekerjaan mereka untuk mencari rezeki.

Rangkap 3 Penyajak memahami perasaan yang dialami oleh golongan nelayan yang hidup mencari rezeki di kawasan sungai yang bergantung kepada musim-musim tertentu. Nasib golongan ini sebenarnya telah ditakdirkan dan mereka merupakan golongan masayrakat yang hidup dalam kesusahan.

Rangkap 4 49

Kadang-kadang penyajak terlalu asyik memerhatikan masalah yang timbul dalam masyarakat di dunia ini.

Rangkap 5 Kesusahan yang dialami oleh golongan ini biasanya merupakan kesusahan yang dialami selama-lamanya.

Tema Bertemakan kehidupan masyarakat golongan nelayan yang hidup dalam kesusahan dalam mencari rezeki.

Persoalan 1. Fitrah manusia mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. 2. Keadaan yang tenang tidak semestinya tiada pergolakan dalam masyarakat. 3. Musim tengkujuh merupakan cabaran dan dugaan kepada golongan nelayan untuk mencari rezeki. 4. Persengketaan sering berlalu di mana-mana sahaja di dunia ini.

50

Mari Kita Cipta Alam Lestari (Nimoiz T.Y.) Maksud Rangkap 1 Pengarang mengajak masyarakat mencipta alam lestari bersumberkan kehijauan pepohonan dibumi yang subur dan makmur hasilnya. Pengarang juga mengajak kita bersama-sama bersepakat menjayakan transformasi atas dasar kebijaksanaan/kebitaraan yang bertempat di ternama/terulung negara.

landskap indah universiti

Hal ini demikian kerana di situlah tempat

lahirnya para

cendekiawan/ilmuan negara. Pengarang menegaskan tiada gunanya pembangunan negara jika kita dengan sesuka hati memusnahkan alam sekitar tanpa memikirkan risikonya pada masa akan datang. Pengarang dengan sinis mempersoalkan tiada ertinya kemajuan/perubahan jika kita menggunakan teknologi moden untuk memusnahkan alam sekitar dengan rakus. Rangkap 2 Pengarang menjelaskan bahawa kitalah sepatutnya sebagai masyarakat era teknologi yang menjadi pemaju negara berdaulat pada masa hadapan. Hakikatnya kejayaan dan pencapaian cemerlang kita telah mencipta nama dan mengharumkan nama negara di pesada dunia adalah kerana kita masih sayang akan bumi dan sumber alamnya. Rangkap 3

51

Penyair menyeru kepada masyarakat supaya dapat membentuk tali silaturahim/ ukhwah atas nama anjakan paradigma dalam mencapai wawasan negara yang akan mengharumkan nama negara sepanjang peradaban. Oleh itu kita patut berterima kasih kepada semua anugerah alam/ sumber dan unsur alam yang pelbagai dan menarik serta unik itu yang telah mensejahterakan rakyat di negara ini. Rangkap 4 Setelah segala usaha kita berjaya mencapai kecemerlangan dengan mendapat pengiktirafan tertinggi dunia

dalam pencapaian yang diperoleh daripada universiti

terulung negara. Penyair juga mengingatkan supaya kita seharusnya tidak lupa atau berwaspada akan kelestarian dan keseimbangan alam supaya

dipelihara untuk

mengelakkan daripada berlakunya bencana alam yang boleh membawa malapetaka, kehilangan nyawa dan harta benda serta kemusnahan berskala besar sebagaimana yang pernah berlaku di serata dunia. Rangkap 5 Penyair menyeru supaya kita/ahli masyarakat dapat membudayakan sikap melestarikan alamnya supaya kekal keindahan dan keunikannya.

Harapan supaya masyarakat

Malaysia dan antara bangsa dapat mengagumi keunikan dan keindahan tersebut. Tema Menghargai dan memelihara keunikan dan keseimbangan alam sekitar agar terus lestari dan dapat dinikmati oleh seluruh manusia di dunia seiring dengan peradaban dan kemajuan zaman. Persoalan 1. Alam sekitar : Para intelektual, ahli korporat, golongan

profesional dan ilmuan seharusnya

memainkan peranan penting dengan menghargai keseimbangan alam sekitar seiring dengan

dan terus memelihara

perkembangan zaman dalam

melakukan anjakan paradigma negara. Hal ini demikian kerana merekalah yang memainkan peranan penting dalam pembangunan dan kemajuan negara. Contoh:52

Mari kita jabat tangan transformasi Membingkis salam segar atas nama bestari Di landskap indah universiti berkualiti Kerana di sini lahirnya graduan berjaya Di menara gading yang tersohor dan ternama. 2. Jati diri dan moral Kita perlu menanamkan rasa bertanggungjawab yang tinggi untuk terus memelihara alam sekitar

dan sumber alam supaya terus lestari dan boleh

dinikmati bukan sahaja oleh anak watan malah oleh penduduk dunia yang lain. Contoh:Setelah berdiri di podium ternama menggenggam jaya Segulung ijazah dari universiti ternama Jangan kita lupa bahawa alam sentiasa mengajar kita Sentiasa waspada tidak leka dengan gegar gempita Pekik tsunami kejam pernah menyampai gelombang Laung gunung berapi pernah mengutus salam Raung gempa bumi pernah menghantar pesan walang Dari marsum luka episod tragis sebuah perjalanan.

3. Wawasan Negara Kita seharusnya menggunakan teknologi terkini secara berhemah dan perlu mengambil kira kelangsungan hayat sumber alam walaupun dalam memacu pesat pembangunan negara. Contoh:Bahawa transformasi; apalah maknanya pembangunan Jika alam binasa kerana tangan-tangan kejam Apalah maknanya kemajuan Jika alam tumbang kerana jentera-jentera hitam Apalah maknanya perubahan Jika segalanya penuh dengan sisa-sisa kemusnahan 53

4. Khazanah warisan negara harus dipelihara Kita perlu maklum bahawa ketidakseimbangan alam akibat kerakusan manusia akan

mengakibat

bencana

alam

yang

boleh/telah/akan

mengakibatkan

kemusnahan bentuk muka bumi, sumber alam, spesies, kemalangan/kehilangan nyawa, harta benda/pembangunan / kemajuan yang diciptakan/ yang dibangunkan oleh manusia sebelumnya. Contoh: Ayuhai; kitalah teknokrat pemaju Hari muka bumi berdaulat Pada mencium puspita dari bunga persada Kita masih sayang akan alam dan sumbernya. 5. Tekad yang padu ke arah perkongsian bersama keunikan khazanah alam dan kemajuan negara secara lokal dan global. Contoh:Bahawa marilah, mari kita semat azam memugar impian Ayuhai; kita cipta sebuah alam lestari Cantik di mata anggun di atma, nantinya Untuk semua pencinta pesona

54

Kembali ke Rumah Nurani (Husna Nazri) Maksud Rangkap 1 Penyajak mengajak kita semua berusaha mencari cahaya Illahi agar kita mempunyai hati yang murni dalam diri. Hati yang lahir berlandaskan akal fikiran dan budi pekerti serta bersifat kemanusiaan. Walaupun sentiasa digoda oleh nafsu namun kita tetap tidak dipengaruhi. Mempunyai hati yang murni bukan sahaja menyenangkan orang disekeliling kita malah membantu kita mengharungi hidup yang penuh dengan dugaan. Rangkap 2 Sikap dan tatasusila dalam diri merupakan faktor yang dapat membentuk hati yang murni. Kita perlulah berpegang kepada adab dan juga cara hidup warisan nenek moyang. Walaupun kita sering diddedahkan dengan keseronokan yang boleh melekakan namun kita tidak akan terpengaruh kerana hati yang murni dapat membentuk iman yang kuat dalam diri. Dengan iman yang kukuh maka kita akan berjaya mendepani dugaan dan cabaran. Rangkap 3 Penyajak meminta kita membentuk diri dan hati berasaskan tradisi warisan bangsa. Dengan ini kita dapat melahirkan masyarakat harmoni yang penuh dengan perasaan kasih dan sayang di dunia yang sementara ini.

Tema

55

Bertemakan hati yang murni akan dapat membentuk peribadi seseorang membawanya ke jalan yang benar.

Persoalan 1. Akal fikiran dan budi pekerti yang tinggi menjadi tanda orang yang berhati mulia. 2. Hati yang murni dapat menghindarkan diri kita daripada terpengaruh dengan nafsu yang boleh membawa kepada keburukan. 3. Warisan tradisi nenek moyang kita perlu dipertahankan daripada dipengaruhi oleh pengaruh dari luar. 4. Kedamaian dan keharmonian dalam negara dapat diwujudkan seandainya setiap masyarakat mempunyai hati yang murni.

56

Lihat lebih banyak...

Komentar

Hak Cipta © 2017 DOKUMENSAYA.COM Inc.