Contoh Soalan Temuduga SPA Dan Temuduga Kerja Kerajaan

August 22, 2017 | Penulis: Liyana Rose | Kategori: N/A
Share Embed


Deskripsi Singkat

V...

Deskripsi

Contoh Soalan Temuduga SPA Dan Temuduga Kerja Kerajaan =>Sila perkenalkan diri anda secara ringkas. =>Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda?? =>Apa yang menarik minat kami untuk anda diambil bekerja dengan kerajaan? Mengapakah kami patut mengambil anda bekerja dengan kerajaan? =>Semasa projek akhir disemester anda, apa yang anda lakukan? Minta ceritakan… =>Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut Contoh Soalan Temuduga SPA Rakan Saya 1. Penemuduga suruh ceritakan latar belakang diri . Beliau menerangkan serba sedikit latar belakang diri iaitu asal, keluarga dan latar belakang pelajaran. Tips temuduga kerajaan : tak perlu cerita panjang lebar sampai ke datuk nenek moyang pun nak cerita. Cerita sahaja nama, asal, belajar di mana bermuala dari sekolah menengah hingga ke universiti dan serba sedikit aktiviti di universiti kalau takde tak perlu cerita. 2. Pemenuduga ada tanya beliau nama Yang Di-pertuan Agong , Perdana Menteri dan Timbalan perdana menteri terkini. Tips : Hafal yang terkini dan bagi jawatan Perdana menteri dan timbalannya , jika boleh ingat nama Perdana Menteri dari Perdana Menteri Yang Pertama. (Jangan lupa sebut DYMM, Dato’ datuk seri atau Tun) 3. Penemuduga tanya juga nama menteri & timbalannya dan carta organisasi (cth:Ketua Pengarah, Setiausaha dll) dari kementerian (mengikut jawatan yang dipohon). Tips : Nama menteri kabinet terkini di Jabatan yang anda pohon. Contoh Jika jabatan yang di pohon adalah di bawah Kementerian Belia dan Sukan, Menterinya adalah Khairy Jamaludin (belum ada Dato’ , jalan tersilap sebut ye) manakala timbalannya pula Datuk Saravanan a/l Murugan. 4. Penemuduga juga tanya beliau Apa visi, misi dan fungsi kementerian. Tips : yang ni WAJIB di hafal. terangkan dengan yakin, ringkas dan padat. 5. Of Coss, Beliau kata penemuduga tanya tugas mengikut jawatan yang dipohon. Tips : yang ni anda boleh baca di web spa dan web kementerian. 6. Penemuduga juga bertanyakan apa kempen-kempen atau aktiviti yang dianjur oleh kementerian. Tips: sebelum datang temuduga tanya senior-senior anda yang ada bekerja di dalam kementerian yang sama atau anda boleh menyemaknya di laman web kementerian. WAJIB ambil tahu supaya tak tergagap untuk menjawap.

7. Kenapa anda berminat bekerja dengan kementerian ini. Tips : Nyatakan dengan penuh rasa yakin dan apa yang anda boleh sumbangkan. 8. Apa kelebihan diri anda. Tips : Jelaskan kelebihan diri dengan yakin. Tak kan kelebihan diri sendiri kita tak tahu kot..;) 9. Hafal alamat laman web kementerian. 10. Apa persiapan yang dilakukan sebelum menghadiri temuduga. Begitulah perkongsian rakan saya yang baru-baru ni menghadiri temuduga spa. Semoga bermanfaat untuk anda. Soalan temuduga SPA yang sering ditanya oleh panel penemuduga kepada calon berkisar kepada beberapa aspek seperti : =>Latar belakang & kelayakan calon =>Jawatan yang dipohon & berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam =>Dasar kerajaan =>Isu semasa dalam & luar negara. Contoh soalan temuduga SPA berkaitan latar belakang & kelayakan calon =>Sila perkenalkan diri anda secara ringkas. =>Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda?? =>Apa yang menarik minat kami untuk anda diambil bekerja dengan kerajaan? Mengapakah kami patut mengambil anda bekerja dengan kerajaan? =>Semasa projek akhir disemester anda, apa yang anda lakukan? Minta ceritakan… =>Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut? Contoh soalan temuduga SPA berkaitan jawatan yang anda pohon. =>Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal dipikul oleh anda jika nanti? Peranan Jabatan & Kementerian ini? (bergantung kepada jawatan yang anda pohon ketika itu) =>Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada diri anda untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan anda menjadi seorang jurutera yang serba boleh? Apa inisiatif yang anda ingin lakukan?

=>Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada diri anda untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan anda menjadi seorang jurutera yang serba boleh? Apa inisiatif yang anda ingin lakukan? =>Sumbangan yang boleh anda berikan jika menjawat jawatan yang dipohon.

contoh soalan temuduga SPA yang berkaitan dengan dasar kerajaan. =>Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menteri menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini? =>Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja? =>Apakah yang anda faham dengan konsep 1Malaysia? Apa pendapat anda dengan konsep dibawa Perdana Menteri Malaysia? =>Apa yang anda faham dengan intipati belanjawan negara 2013 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia? =>Senarai dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia? =>Apakah tema bajet 2013? Contoh soalan temuduga SPA berkaitan isu semasa dalam & luar negara Isu Semasa Dalam Negara =>Boleh nyatakan tentang keputusan Pilihanraya Umum Ke-13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013. =>Jelaskan tentang konflik yang tercetus di Lahat Datu? =>Isu perkauman yang hangat dibangkitkan ketika ini? =>Diskaun pembayaran balik pinjaman PTPTN.

Isu Semasa Luar Negara =>Krisis Palestin yang mengorbankan ribuan nyawa akibat kerakusan regim Israel. =>Krisis yang berlaku di Syria. =>Aung San Suu Kyi adalah pejuang demokrasi yang dinafikan hak hak kemanusiaan oleh negaranya Myanmar. Sebagai sebuah negara yang berada di kerantauan yang sama, apa yang boleh dilakukan oleh Malaysia untuk menyuarakan kerisauan antarabangsa dan dalam masa yang sama mengekalkan hubungan diplomatik kedua dua hala? =>Campur tangan asing dalam kedaulatan sesebuah negara. =>Kegawatan ekonomi yang melanda negara Eropah seperti Greece. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN TUGAS2: GRED U17 Deskripsi Tugas: 

Menyambut dan mendaftar pesakit-pesakit.  Pembasmian kuman pada perkakasan pergigian.  Membantu Pakar Pergigian, Pegawai Pergigian dan Jururawat Pergigian dalam pembedahan pesakit.  Mendaftar serta merekod hal-hal kewangan, sijil sakit dan penerangan kepada pesakit.  Membantu Pegawai Pergigian dan Jururawat Pergigian semasa lawatan ke sekolah-sekolah.  Menempah serta merekod alat-alat kelengkapan, memeriksa inventori dan lainlain perkakasan seperti troli dan mesin.  Menyediakan penyata bulanan dan geraf.

TUGAS JURURAWAT MASYARAKAT DI RUMAH BIDAN KERAJAAN KLINIK DESA/PUSAT KESIHATAN GRED U19       

Mengetuai Rumah Bidan Kerajaan/Klinik Desa (bagi Jururawat yang ditempatkan di Rumah Bidan Kerajaan atau Klinik Desa). Memberi perkhidmatan kesihatan ibu mengandung. Memberi perkhidmatan kesihatan bayi/kanak-kanak. Memberi perkhidmatan rawatan ke rumah. Memberi perkhidmatan perancangan keluarga. Memberi pendidikan kesihatan. Menyambut kelahiran bayi.

1.

Sila perkenalkan diri anda? untuk soalan ini klik link ini.

2. Apa yang anda tahu tentang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)?Apakah peranan yang dimainkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)?untuk soalan ini klik link ini. 3. Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda? untuk soalan ini klik link ini. 4. Apa yang menarik minat kami untuk anda diambil bekerja dengan kerajaan?Mengapakah kami patut mengambil anda bekerja dengan kerajaan? untuk soalan ini klik link ini. 5. Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal dipikul oleh anda jika nanti? Peranan Jabatan & Kementerian ini? untuk soalan ini klik link ini. 6. Semasa projek akhir disemester anda atau pekerjaan terakhir anda, apa yang anda lakukan? Minta ceritakan…untuk soalan ini klik link ini 7. Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut?untuk soalan ini klik link ini. 8. Apakah matlamat dan perancangan anda untuk jangka masa pendek dan panjang?untuk soalan ini klik link ini. 9. Kenapa memohon bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Kenapa tidak swasta? Apa kelebihan dan kekurangan bekerja dengan kerajaan berbanding dalam sektor swasta?untuk soalan ini klik link ini. 10. Nyatakan satu contoh di mana anda telah menonjolkan bakat kepemimpinan semulajadi dalam melaksanakan sesuatu aktivit atau program yang besar dan berjaya.? 11. Jika anda diarahkan ditempatkan di Sabah Sarawak, adakah anda sanggup?kalau korang ditanya soalan ini kebarangkalian nak dapat keje tue tinggi. 12. Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menteri menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini?untuk soalan ini klik link ini. 13. Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja?untuk soalan ini klik link ini. 14. Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk ke jabatan kerajaan, bagaimana anda boleh meyakinkan kami bahawa anda tidak akan keluar dan masuk semula ke sektor swasta?

15. Apakah yang anda faham dengan konsep 1Malaysia? Apa pendapat anda dengan konsep dibawa Perdana Menteri Malaysia?untuk soalan ini klik link ini. 16. Bagaimana pendekatan yang anda gunakan bagi menyelesaikan konflik atau perselisihan pendapat dengan rakan sekerja anda?untuk soalan ini klik link ini. 17. Sila ambil tahu senarai nama menteri Malaysia dan juga timbalannya - untuk soalan ini klik link ini. 18. Sila dapatkan maklumat setiap Perdana menteri Malaysia dan sumbanganmereka kepada negara- untuk soalan ini klik link ini. 19. Senarai dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia?-untuk soalan ini klik link ini. 20. Adakah anda bekerja sebelum ini? Jika ya, sila ceritakan bidang pekerjaan sebelum ini. 21. Wajarkah kerajaan menghapuskan memotong subsidi kerajaan. Mengapa?untuk soalan ini klik link ini. 22. ururawat Pergigian (U29): Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pemeriksaan dan rawatan pergigian, memberikan pendidikan kesihatan pergigian termasuk nasihat pemakanan dan latihan pembersihan gigi di sekolah dan kampung, menyelenggara dan mengawal inventori alat kelengkapan. Juruteknologi Pergigian (U29): Bertanggungjawab merangka, memproses dan menghasilkan aplians prostetik, ortodontik, maksilofasial dan restoratof serta menyelenggara dan memperbaiki kelengkapan/peralatan pergigian. Pembantu Pembedahan Pergigian (U17): Bertanggungjawab membantu menyediakan peralatan kepada Pegawai Pergigian semasa memberi rawatan atau pembedahan mulut, mendaftar dan menyelenggara rekod pesakit dan menyelenggara kelengkapan/peralatan klinik pergigian serta bilik pembedahan. Soalan-soalan yang bakal ditanya  Bidang tugas Juruteknologi Makmal Perubatan  Bidang-bidang yang tergolong dalam Juruteknologi Makmal Perubatan  slogan Kementerian Kesihatan Malaysia  Maksud 1 malaysia  Siapa Menteri Kesihatan  Dimana Kolej latihan Dan ini tips/jawapan yang aku dapat  Slogan Kementerian Kesihatan Malaysia – Kami Sedia Membantu

    

Ketua pengarah kesihatan : Tan sri dato seri dr Hj Ismail Slogan 1 malaysia – Rakyat Didahulukan pencapaian di utamakan Klinik yang baru ditubuhkan : Klinik 1 malaysia Menteri Kesihatan : Dato Liow Tiong Lai ahli parlimen bentong Tugas Juruteknologi Makmal Perubatan : Membantu doktor dlm mendiagnos penyakit iaitu menjalankan sebarang ujian yangg melibatkan sebarang contoh yg diambil daripada tubuh manusia (spt darah, kahak, nanah, csf, kencing, najis, tisu manusia dan apa2 yg terdapat pada tubuh manusia)

Dan ini 20 soalan yang biasa ditanya ketika temuduga yang korang boleh jadikan tips juga. 1. Apa yang anda tahu tentang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Apakah peranan peranan yang dimainkan oleh SPA? 2. Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menteri menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini? 3. Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja? 4. Anda baru dilantik ke sebuah jabatan kerajaan. Anda mendapati, terdapat beberapa kepincangan dalam beberapa proses dan prosedur perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan anda. Sebagai orang bawah yang baru sahaja bekerja, bagaimana anda boleh mengutarakan pendapat anda kepada pegawai lain yang lebih tinggi pangkatnya? 5. Aung San Suu Kyi adalah pejuang demokrasi yang dinafikan hak hak kemanusiaan oleh negaranya Myanmar. Sebagai sebuah negara yang berada di kerantauan yang sama, apa yang boleh dilakukan oleh Malaysia untuk menyuarakan kerisauan antarabangsa dan dalam masa yang sama mengekalkan hubungan diplomatik kedua dua hala? 6. Bagaimana anda boleh menyelesaikan konflik atau perselisihan pendapat dengan rakan sekerja anda? 7. Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal dipikul oleh Juruukur (atau jawatan yang dipohon) di jabatan ini? 8. Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda? 9. Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut? 10. Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada beliau untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan beliau menjadi seorang jurutera yang serba boleh? 11. Di manakah anda 5 tahun dari sekarang?

12. Sebagai seorang pegawai sumber manusia, apakah strategi yang boleh anda lakukan untuk memastikan tahap motivasi pekerja di semua jabatan atau unit berada pada tahap yang tertinggi? 13. Mengapa anda memohon jawatan ini? 14. Kenapa jawatan dalam kerajaan yang dipilih. Kenapa tidak swasta? Apa kelebihan dan kekurangan bekerja dengan kerajaan berbanding dalam sektor swasta? 15. Pada pendapat anda, adakah sistem pendidikan di negara ini berada pada landasan yang betul? Apa yang anda mahu lihat pada sistem pendidikan yang masih belum ada buat masa ini? 16. Sebagai pereka lanskap, apakah langkah langkah yang perlu diambil, serta faktor faktor yang mesti diambil kira sebelum anda melakukan sebarang rekaan di atas kertas? 17. Nyatakan sebarang pencapaian atau keterlibatan anda dalam membangunkan sistem teknologi maklumat, samaada di tempat kerja sebelum ini, di universiti atau di tempat tempat lain. 18. Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk ke jabatan kerajaan, bagaimana anda boleh meyakinkan kami bahawa anda tidak akan keluar dan masuk semula ke sektor swasta? 19. Seorang pegawai kerajaan akan sentiasa menghadapi kemungkinan untuk dipindah lokasi dan tempat bekerja. Terangkan respons anda terhadap komitmen sebegini. Bagaimana anda akan menyelesaikan segala cabaran yang muncul dalam proses perpindahan ini? 20. Nyatakan satu contoh di mana anda telah menonjolkan bakat kepemimpinan semulajadi dalam melaksanakan sesuatu aktivit atau program yang besar dan berjaya.

Tips Temuduga SPA 1 – Peringkat Awal Kemahiran/Kebolehan Pengalaman Personaliti Untuk membantu anda berjaya dalam temuduga tersebut, anda dinasihati membuat beberapa persediaan seperti berikut: Persediaan Awal Pastikan bahawa anda mengetahui masa dan tempat temuduga. Hendaklah tiba di tempat temuduga sekurang-kurangnya 20 minit lebih awal. Sekiranya anda tidak dapat hadir kerana hal kecemasan, beritahu majikan seawal mungkin dan membuat temu janji yang lain. Hendaklah pakai pakaian yang bersih dan kemas serta bersesuaian dengan pekerjaan yang dipohon. Pakaian yang menjolok mata adalah tidak dibenarkan. Bawa bersama satu salinan ” resume “, surat akuan, sijil-sijil yang berkaitan dengan kerja. Sebaikbaiknya susun didalam ” folder “. Selidik tentang latarbelakang firma atau pekerjaan yang anda pohon itu (misalnya produk/perkhidmatan syarikat, jumlah jualan dan keuntungan tahunan, saiz organisasi, pelanggan-pelanggan utama, pesaing-

pesaing utama, berita/perkembangan syarikat yang terkini, rancangan pembangunan syarikat, tanggungjawab dan tugas jawatan yang dipohon, latihan-latihan, laluan kerjaya dan sebagainya). Tahu apa yang anda boleh sumbangkan kepada majikan. Ramalkan soalan-soalan yang akan ditanya oleh penal temuduga dan sediakan jawapan. Diantara soalan-soalan yang mungkin dibangkitkan adalah seperti berikut: Bolehkah anda memberi keterangan mengenai diri anda? Apa yang membuatkan anda pilih pekerjaan ini? Apa pengalaman yang anda perolehi dalam kerja anda yang lepas? Kenapa anda berhenti? Apakah pencapaian cemerlang dalam kerja anda yang lepas yang anda banggakan? Apakah pandangan bekas majikan terhadap anda? Adakah anda mempunyai pengalaman dalam kerja jenis ini? Kenapa anda fikir anda layak untuk kerja ini? Apa yang anda tahu mengenai syarikat ini? Apakah yang membuatkan anda berminat dengan perkhidmatan dan produk syarikat ini? Bagaimana anda boleh menyumbang kepada syarikat ini? Kenapa anda berminat untuk bekerja dengan syarikat ini? Apakah rancangan jangka panjang kerjaya anda? Apakah kekuatan atau keistimewaan anda? Apakah Kelemahan Anda? Bagaimana anda menilai diri sendiri? Bagaimanakah pandangan rakan-rakan anda mengenai diri anda? Bagaimana anda ingin orang lain menilai anda? Adakah anda akan menjalani latihan tambahan sekiranya pekerjaan tersebut memerlukannya? Adakah anda lebih suka bekerja secara berpasukan atau bersendirian? Adakah anda suka kerja-kerja tetap harian (routine)? Bagaimana dengan kesihatan anda?

Apakah kegemaran/hobi anda? Sekiranya anda ditawarkan kerja ini, bagaimana anda merancang penggunaan masa bagi dua minggu pertama di syarikat ini? Bagaimana anda mengatasi sesuatu masalah yang dihadapi? Menyediakan borang perancangan terlebih dahulu seperti di Lampiran II sebelum menghadiri sesuatu temuduga Berlatih dengan rakan-rakan

Tips Temuduga SPA 2 – Peringkat Pertengahan Bahagian 1 – Tips Temuduga SPA 1 – Peringkat Awal Beri salam atau ucap selamat pagi/petang kepada panel temuduga dan anda hendaklah beramahtamah dan bersopan-santun. Dengarlah soalan-soalan dengan teliti dan jawab soalan dengan terus terang, tenang, logik, tepat dan penuh keyakinan serta jelas didengar. Jangan merasa gementar. Bersikap positif. Tunjukkan bahawa anda bersungguh-sungguh hendak bekerja dan tumpukan minat terhadap pekerjaan itu. Tanyalah mengenai tugas-tugas, latihan-latihan yang disediakan dan prospek pekerjaan/kerjaya. Berilah persetujuan dengan senang hati jika diminta mengisi borang, mengambil ujian khas syarikat berkenaan, memberi nama orang-orang tertentu sebagai rujukan atau menjalani pemeriksaan perubatan. Jangan kedekut untuk senyum dan jangan tergagap. Yakin kepada jawapan anda walaupun anda tidak pasti jawapan kepada soalan yang diberikan kerana apa yang ingin dilihat ialah keyakinan diri dan bukanya bergantung kepada jawapan yang diberi sangat. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya semasa temuduga. Jangan menguasai temuduga. Jangan membesar-besarkan diri serta bercakap panjang atau bercakap banyak. Jangan berbincang masalah peribadi seperti urusan rumah tangga, kesihatan diri atau masalah kewangan anda. Jangan bertengkar atau menyatakan tidak bersetuju dengan penerangan yang diberi oleh penemuduga. Jangan mengkritik bekas majikan anda. Jangan merokok atau mengunyah gula getah atau gula-gula semasa temuduga. Yang Akhir sekali dan yang paling penting, tunjukkan minat anda terhadap kerja yang anda interview tersebut

Tips Temuduga SPA 3 – Peringkat Akhir Bahagian ketiga dan terakhir ini adalah bahagian di mana apabila anda selesai sesi temuduga. Anda tidak boleh terus ucap terima kasih dan keluar dari bilik temuduga . Ikut tips di bawah supaya markah yang anda dapat untuk attitude tinggi. Tentukan bahawa anda mengetahui tindakan yang harus anda lakukan selanjutnya. Bertanya bila anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan akan diumumkan. Jika temuduga SPA. tanya bila keputusan temuduga akan keluar kerana ini menunjukkan anda bersungguh-sungguh. Biarkan penemuduga menamatkan temuduga. Jangan anda yang tanya sama ada dah habis atau belum temuduga Apabila temuduga tamat, ambil peluang memberi ucapan terima kasih kepada penemuduga kerana meluangkan masa dengan anda. Sebaik sahaja temuduga tamat, tinggalkan bilik temuduga dengan segera dan bersopan santun. Lempar senyuman dan tolak kerusi ke belakang dengan perlahan. Hantar surat ucapan terima kasih kepada syarikat berkenaan sebagai tindakan susulan. Penilaian Prestasi Temuduga Selepas temuduga, anda harus meluangkan masa untuk menilai prestasi diri untuk membantu anda belajar dari pengalaman temuduga tersebut kerana pengalaman ini penting untuk temuduga seterusnya jika anda gagal temuduga pertama. Cuba menjawab soalan-soalan berikut dengan ikhlas: Adakah saya bersedia? Adakah pengetahuan saya mengenai kerja dan syarikat/firma mencukupi? Adakah saya membawa diri saya dengan baik? Adakah saya mengambil peluang-peluang yang ada untuk menonjolkan kemahiran yang ada kepada majikan? Adakah saya bercakap terlalu banyak atau kurang bercakap? Adakah saya menguasai temuduga dan bukannya penemuduga? Adakah saya cukup tenang dan penuh keyakinan? Sekiranya anda fikir temuduga tersebut tidak berjaya, jangan putus asa. Cuba lagi untuk memperbaiki diri dan belajar dari setiap pengalaman baru.

Lihat lebih banyak...

Komentar

Hak Cipta © 2017 DOKUMENSAYA.COM Inc.